Tuesday, March 24, 2009

Nasi Goreng A.K.A Fried Rice SIAP!!

NASI GORENG SOS IKAN @NAMPLA

Bahan-bahan ( 2 org )
2 ulas bawang putih (dititik)
10 biji cili padi hijau (kisar/tumbuk)
5 senduk nasi putih
2 ekor sotong (bersih & potong)
Sedikit kicap cair, sos nampla (sos ikan), garam dan ajinomoto
Sedikit minyak masak
**Optional: boleh masukkan sayur-sayuran jika suka**
Cara-cara
Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang telah dikisar. Ketepikan.
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik wangi.
Masukkan sotong yang telah dipotong bersama dengan kicap cair dan sos nampla. Goreng sekejap (pastikan sotong masak).
Masukkan nasi yang telah digaul dengan cili padi serta garam dan ajinomoto. Goreng sehingga sebati. Tutup api & sedia dihidang.


NASI GORENG AYAM PEDAS

Bahan-bahan
2 pinggan nasi putih
segenggam isi ayam (sedap kalau ayam digoreng dulu dengan kunyit& garam dan diasingkan, saya selalu gula lebihan ayam goreng. Goreng dengan tulang2 skali lagi sedap)
2 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas lagi boleh letak lebih)
1 biji bawang besar dipotong halus
2 ulas bawang putih dipotong halus
1 atau 2 biji telur (digoreng canai dan diasingkan, kalau malas tak payah pun tak pe masukkan jer telur nanti)
Segenggam sayur bayam atau sayur sawi
2-3 sudu besar kicap manis (boleh tambah kalau nak manis sikit)
Garam secukup rasa
Hirisan timun (untuk hiasan)
Hirisan tomato (untuk hiasan)
Daun sup (untuk hiasan)
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
Goreng bawang puting dengan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan cili kering dan goreng garing.
Masukkan kicap, ayam dan garam sedikit. Kemudian, masukkan nasi dan gaul hingga sambal dan nasi rata.
Masukkan sayur dan telur dan gaul rata lagi. Rasa nasi goreng, kalau tak cukup garam atau kicap.. tambah secukup rasa.
Tabur daup sup dan hidangkan dengan hirisan timun dan tomato.


NASI GORENG NENAS

Bahan-bahan ( 2 org )
3 cwn nasi putih ( nasi semlm lg best)
1 biji bawang merah didadu
1 ulas bwg putih diketuk
8 tangkai cili padi diketuk
1 sk serbuk ikan bilis (saya guna brand tumix)
1 btg kacang panjang di potong kecil
2 inci lobak merah potong dadu kecil
beberapa hirisan daging
beberapa hirisan ayam
1 helai daun limau purut diracik halus
1/4 biji nenas dipotong dadu
garam
daun ketumbar utk hiasan
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bwg merah n bwg putih hingga keperangan. Masukkan lada cili, hirisan daging dan ayam, tumis hingga ayam dan daging masak.
Masukkan kacang, lobak merah, nenas tumis lagi jgn lama sgt masukkan nasi gaul rata.
Masukkan daun limau purut, serbuk ikan bilis n sedikit garam.
Siap utk dihidang, tabur daun ketumbar utk menambahkan rasa.
Nasi ni rasa dia ala2 tiga rasa gak, pedas, masam and manis2 buah. Menarik utk dicuba....

NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahan ( 3org )
3 cawan nasi putih
20 biji cili padi hijau
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
ikan bilis goreng
1 ikat kangkung
3 sb minyak masak
garam
serbuk perasa
Cara-cara
Dalam lesung batu, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk bwg besar tumbuk kasar2.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.
Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. Lepas nasi dah gebu lebih kurang 10minit masukkan kangkung.
Kacau nasi dan rasa tawar atau masinnya. Adjust dah ok, siap :)
** Kalau yg suka pedas blh tambahkan lagi cili padi. ** Kalau suka ikan bilis goreng lebih blh tambahkan lagi ,lg rasa goreng kampung klu ada ikan kering..

NASI GORENG TOMYAM
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
200g daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas
1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
1 biji telur
garam
Cara-cara
Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.
SeLaMaT MenCuBe!

NASI GORENG USA
Bahan-bahan ( boleh dimakan 1 seorang sahaja. )
1 mangkuk nasi goreng biasa
1 biji telur
300 gram daging
1 batang serai yang telah (dititik)
1 sudu cili kisar 'Contoh (cili boh)
3 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar
2 hirisTimun
2 hiris tomato
1 ulas bawang putih dan bahan perasa secukup rasa
Cara-cara
Goreng nasi bersama sedikit kicap dan ketepikan.
goreng telur dan ketepikan
sediakan bahan-bahan untuk membuat daging masak merah.
Tumis bawang-bawang sehingga naik bau.kemudian masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
masukkan daging dan biarkan sehingga daging empuk.
masukkan sos tomato,serai,daun limau,dan sedikt bahan perasa.
Hidangkan bersama nasi dan telur yang telah disediakan tadi.

NASI GORENG JAPAN
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
2 mangkuk nasi
1/3 batang carrot-dihiris panjang
1/4 capsicum-dipotong2 (kalau nak pedas..leh guna cili api yg diketuk2)
1 ketul isi ayam/daging- dihiris
5 biji cendawan butang-dihiris2
1/2 biji bawang besar-dihiris
1 sudu teh serbuk perasa ayam
2 sudu besar kicap cair
minyak (guna garlic butter campur sedikit minyak)
1 sudu teh garlic salt
garam dan pepper (jika perlu)
2 biji telur dipukul sedikit
Cara-cara
Panaskan sedikit minyak. Goreng telur da hancurkan seperti membuat scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak (jun guna campuran minyak dan garlic butter). Masukkan isi ayam dan sayur2an termasuk bawang.
Masukkan garlic salt dan serbuk perasa. Masukkan nasi dan kacau.
Masukkan telur, kicap cair. Masukkan garam dan pepper jika perlu. Gaul rata dan angkat.

NASI GORENG CHINESE STYLE

Bahan-bahan ( 3 orang )
2-3 cawan nasi
3 ulas bawang putih-dicincang
4 sudu besar mixed vege
150gm isi ayam-potong dadu
10 ekor udang sederhana-dibuang kulit
2 biji telur-dipukul sket
minyak masak secukupnya
minyak bijan
garam dan serbuk pepper
1 batang daun bawang-dipotong2
1 biji cili-dipotong2
Cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
masukkan sayur campur, ayam dan udang, kacau hingga masak.
masukkan pula nasi, kacau rata. tambahkan minyak bijan, pepper, garam dan telur. gaul hingga rata dan masak.
hiaskan dengan daun bawang dan cili. hidangkan bersama cili api potong bersama kicap cair jika suka.

NASI GORENG SHITAKE
Bahan-bahan ( 1org )
dihiris: 1/4 bj bwg besar dan 2 bj bwg putih
4 kpg cendawan dipotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (ikut suka)
1 pinggan nasi putih
1 bj telur
lada sulah dan garam secukup rasa
minyak utk menumis
lbh krg segenggam udang atau 1 potong ayam dipotong dadu
cili api ikut pedas ( dipotong bulat)
Cara-cara
tumis kedua2 jenis bwg. Bila dh garing, masukkn udang(atau ayam) dan gorengkan lagi selama beberapa minit
masukkn sos tiram dan cendawan. Kacau lagi dan masukkan kicap dan cili api.
Masukkan telur, kacau utk ratakan telur dan masukkan nasi.
lengkapkn rasa dgn lada sulah dan garam. Padamkn api dan hidang segera.

NASI GORENG TUNA
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1 pinggan nasi putih
1/2 labu bawang besar(ditumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
1/2 batang lobak merah
1 tin kecil tuna
kobis or sawi
kacang pea or kacang panjang
1 biji telur
7-8 biji cili padi(diketuk)
2 sudu minyak
garam
Cara-cara
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan lobak, kobis dan cili. bila dah agak layu, masukkan kacang peas.tambahkan garam.
Masukkan nasi
Kacau hingga sebati. masukkan tuna dan akhir sekali masukkan telur.. goreng hingga semua bhn masak

NASI GORENG PATTAYA
Bahan-bahan ( 2~3 orang )
@sedikit brocolli - dipotong
@sedikit bayam - dipotong
@sedikit lobak merah - dihiris
@seulas bawang putih - dihiris
1 pot nasi
1/2 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang - cincang
bawang besar - potong dadu
1 keping ikan salmon
2 biji telur
garam
susu
minyak masak
Cara-cara
masak sayur : panaskan sedikit minyak dan masukkan semua bahan yg bertanda @. masak hingga sayur sedikit layu. ketepikan.
tumis cili kisar, bawang besar dan bawang kecil.
bila dah naik bau, masukkan ikan salmon yg dah dipotong kecil. gaul hingga rata atau ikan masak.
masukkan nasi dan garam. gaul rata.
masukkan sayur yg dah dimasak tadi. gaul rata. ketepikan.
pukul telur dengan sedikit susu dan garam. kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.
pusing-pusingkan kuali supaya telur jadi bulatan besar.
masukkan 1~1 setengah senduk nasi di tengah2 telur dan lipat telur. tutup api.
terbalikkan pinggan atas kuali dan terbalikkan kuali supaya nasi terletak atas pinggan. letak sos cili atasnya.
ulang langkah 6~9 untuk baki nasi.

NASI GORENG SERAI
Bahan-bahan ( 4 ORG MAKAN )
3 cawan nasi putih
sebatang karot(dihiris halus memanjang)
3 biji telur
100 g ikan bilis
5 batang serai (saiz sederhana, dimayang halus)
8 helai daun limau purut (dimayang halus)
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
7 biji cili api

Cara-cara
terlebih dahulu goreng telur dan hancur2 kan telur tersebut.....(cara ni cara kt...bergantung la kalau korang nak pecahkan dalam kuali nanti...)
kemudian goreng ikan bilis sampai garing...(peTUA:kalau nak ikan bilis tu garing tabur sikit tepung gandum selepas ikan bilis tu dibasuh)
bila ikan bilis dah garing...asingkan..
tumbuk bawang putih, bawang merah, dan cili api...suka hati mahu lumat betul2 atau separuh lumat... kemudian tumiskan bahan yang dah ditumbuk tadi hingga naik bau....
masukkan karot, serai dan daun limau purut yang dah dimayang tadi...biarkan sekejap...
kemudian masukkan garam secukup rasa...kalau nak bagi rasa ikan bilis lagi..leh tambahkan sedikit perasa ikan bilis....
masukkan nasi putih bersama dengan ikanbilis dan telur yang dah digoreng tadi...gaul rata sampai semua sebati..
siap untuk dimakan

NASI GORENG BILIS
Bahan-bahan ( 4 org makan )
3 ulas bawang putih, diketuk
1 camb serbuk pati bilis
Segenggam bilis
1 camb sos tiram
4 cawan nasi
2 inci carrot, diparut
3-4 biji cili padi, xperlu dipotong
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-cara
Goreng bilis tanpa minyak sehingga kering airnya. Kemudian masukkan minyak dan goreng hingga garing.
Masukkan bawang putih, goreng sehingga naik bau.
Masukkan serbuk pati bilis, cili padi dan sos tiram.
Masukkan nasi dan parutan carrot, gaul rata. Letakkan garam secukup rasa.

NASI GORENG KERABU
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 piring nasi
2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
6 biji cili api dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 biji bawang merah di mayang
5 btg kacang buncis di potong halus(kcg panjang pun ok)
2 btg serai di potong halus
Sedikit daun selloum di potong halus
Sedikit daun pudina di potong halus
Sedikit bunga kantan (kalu ada, i xguna sb takde)
Boleh di tambah ulam lain jika ada
Sedikit garam dan ajinamoto
Cara-cara
Panaskan minya masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinamoto

NASI GORENG KANTAN
Bahan-bahan ( 3-4 org )
3 mangkuk nasi
3 s.b udang kering
4 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
2 ulas bwg putih
1 s.b cili kering mesin
lobak merah ..potong dadu
4 biji kacang buncis
1 kntum bunga kantan ..hiris nipis
3 s.b sos tomato
3 s.b kicap manis
isi ayam,udang @ sotong..ikut suka
garam secukup rasa
minyak utk menumis
2 biji telur
Cara-cara
Tumbuk/kisar udang kering,bawang putih dan cili padi.
tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering mesin.
setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis.
kemudian masukkan telur,kacau rata dan masukkan nasi.letak kan garam,sos tomato & kicap.
setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.
siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..


NASI GORENG TAUKE WARUNG
(FRIED RICE BY OWNER)-MISS AILYNN (TEDA PIC,X SMPT AMIK..)
nasi sejuk dalam 3 mangkuk kecil/3 cup rice
udang basah yang saiz sederhana..manis dgn kulitnya..prawn medium seize(tp kena bersihkan najisnya juga)
daging yang diperap dgn kicap,sedikit kunyit,garam dan ajinomoto-meat mixed with sauce,salt,ajinomoto,tumeric
bilis dalam segengam-
bawang merah onion-2ulas(size kecik),bawang putih garlic-1 ulas (size sederhana),cili padi small chilies-dalam 5 atau 7 biji dan belacan-agak2 la.. tumbuk sekali
sayur campur mixed vege –setgh pek je yang serhana(kacang peas,jagung dan carrot)
cili merah yang dimayang/chilies -3 biji
telur sebiji- 1 egg
sos tiram-2 sudu besar,sos cili-3 sudu besar,sos tomato-1 sudu besar di gabungkan sekali
garam,gula dan perasa
minyak masak utk menumis-2 ½ sudu besar..tak best nasi goreng yg oily..
Cara memasaknya:
tumiskan bilis sehingga sedikit garing dan masukkan daging..masukkan udang..kemudian masukkan bahan yang ditumbuk..gaul seketika supaya masak rata..kemudian masukkan sos yang digabungkan..sayur campur dan bolehla masuk garam,gula dan perasa..pndai2 adjuz ye..kemudian masukkan nasi..gaul la..sebati..api biar kuat..kemudian ketepikan sedikit sehingga membuat sdikit ruang di tgh kuali..pecahkan telur..kacau telur sehingga dah membentuk mcm telur dadar..baru ratakan dengan nasi goreng tadi..rasa la..mmg sedap..wok!

4 comments:

Qeilaa said...

: Wahh , terhebat ^^

Anonymous said...

Lezatnya nasi goreng ini, jadi laper...

Perfume Malaysia said...

byanknya nasi goreng kat sini.
tengok jela, nak masak mlas.hehe

Jom layari blog kami juga Perfume Malaysia

penulis96 said...

mohon izin utk praktik ilmu masak nasi goreng2 di atas..

Post a Comment