Friday, March 20, 2009

DESSERT-PENCUCI MULUT

Enak dihidang sebelum makan dan sesudah makan...
AGAR-AGAR KOKTAIL
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar-agar
1.5 liter air(5 gelas)
100ml(1/2 cwn) susu cair
200g gula
1 tin besar koktel
2 helai daun pandan
Cara-cara
Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.
CUPCAKE SWEET
Bahan-bahan ( 12 biji )
200 g butter
160 g gula kaster (resepi sebenar guna 180 g)
3 sudu besar tepung kastard
220 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil vanilla esen
Cara-cara
Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.
Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream lebih senang.
Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan.
NOTE:Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream
DADIH

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )
1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
secubit garam
perisa (jagung,strawberi,milo dll)
Cara-cara
masak air dgn gula sampai gula hancur.
masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

KARAMEL
Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARAMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
LONGKENG MILO
Bahan-bahan ( 2 orang )
1 peket agar - agar
air secukup rasa... kalo nak keras kurang kan.. kalo nak lembik.. letak air bebanyak
2 cawan milo
1/2 cawan susu pekat manis
Cara-cara
agar² direbus sehingga mendidih.. lepas tu tuang dalam jug (tapis dulu ek...) pastu bancuh le macam wat air milo...pastu masukkan lengkong milo ni kedalam bekas yang cambest giler cam gambar tu... pastu masuk dalam peti ais.....nak cepat keras masuk dalam frozen ....
hidangkan ketika sejukkkk mesti sedaap punya lahhhh
AGAR-AGAR KERING
Bahan-bahan ( Boleh buat 3 adunan )
50gm Agar-agar kering
400gm gula pasir
1 cawan gula batu
8 gelas air
Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing
Cara-cara
Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.
Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.
Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing.Gunala emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.
Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat sekurang-kurangnya selama seminggu
AGAR-AGAR COKLAT
Bahan-bahan ( 1 loyang )
1 paket agar - agar
1 liter air
1 cawan tepung custard perisa coklat (kalau tiada custard biasa pun boleh & add 2 sudu serbuk koko)
1 cawan gula (boleh dikurangkan)
1 sudu teh esen vanila (as pewangi)
Cara-cara
masak air bersama agar² & gula hingga larut
masukkan tepung custard perisa coklat yang telah dibancuh dengan air
kacau hingga sebati dan tunggu sehingga mendidih...matikan api then tuang ke dalam loyang tunggu sehingga sejuk & boleh lah dimakan...tapi untuk lebih sedap sejukkan dalam peti sejuk sebelum dimakan...
PUDING ROTI
Bahan-bahan
1 pkt agar2 <> 25 gram kot.. tak perasanlah cap layang2
Air ikut sukatan plastic pembungkus agar2 tu
Gula ikut manis
Susu cair – I tin
Roti – beli roti yg biasa(murah) nak jimat 6 -7 keping lebih pun tak pe.
Telur – 1 bji
Esen vanilla skit.
Cara Membuatnya:
1. Blend roti , telur & susu + esen vanilla – sampai roti hancur.
2. Agar-agar rendam dlu – masak sampai hancur + gula – rasakan manisnya.
3. Masukkan adunan roti & susu. Kacau sekejap & api perlahan.
4. Bahagikan 3 warna – corak ikut citarasa sendiri.

PUDING KASTARD
Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
1 cawan jagung dalam tin
5 cawan santan
sedikit garam
Cara-cara
Blend jagung. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
Masukkan ke dalam loyang
Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk
PUDING HORLICK

Bahan-bahan ( 4 - 6 org )
sebungkus agar2 yg besar
6 cwn air
1 cawan gula halus
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 biji telur
1 cawan horlick
1 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.
masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.
setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.
akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. bila sudah masak,tuang di dalam acuan dan letak d dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

3 comments:

Unknown said...

wow!! snangnhe wat dessert..loike! http://rzillah.blogspot.com

Unknown said...

Wow..terbaik

SHERRY SPA AND BEAUTY ( Private Spa) said...

Wowww.....sedapnya...boleh Cuba ni

Post a Comment