Thursday, March 19, 2009

Eat Ayam @ Chicken

Bahan utama kita untuk kali ini ialah :AYAM...
RENDANG AYAM
Bahan-bahan ( satu family )
1 ekor ayam-dipotong ikut suka
Bahan2 digiling:-
@ 10 ulas bawang merah
@ 4 ulas bawang putih
@ 15 biji cili api
@ 15 tangkai cili kering
@ 1 inci halia
@ 1 inci lengkuas
@ 1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
Cara-cara
Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
NOTE:KALAU NAK SEDAP,REMPAHNYA MESTI BETUL MASAK DAN MERESAP DALAM AYAM..
AYAM PANSUH /MANOK PANSUH Bahan-bahan ( 5-6org )
buluh yg tebal dan tua di gunakan utk cara pembakaran ayam di masokkan di dlm ini
Cara-cara
Ayam
1kg Ayam bahagian tulang di perap selama 1/2hari bersama dgn serai,halia,rempah ratus,daun pucuk ubi,bwg putih,garam aji secukup rasa.
Bakar selama 1jam seperti membakar lemang,jika bkr guna kayu arang lg baik. hujung buluh di di sumbat dgn daun pucuk ubi.
NOTE:MASAKAN NI POPULAR DI SARAWAK,ESPECIALLY WAKTU KERAMAIAN LIKE GAWAI.
AYAM MASAK PAPRIK Bahan-bahan ( 4 )
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
NOTE:BOLEH CUBA DIRUMAH LA..
KEPAK AYAM BAKAR
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1 kilo kepak ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa
Cara-cara
Bersihkan kepak ayam dan toskan
Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap) Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak.
NOTE:BOLEH DIBAKAR..GORENG ATAU PANGGANG.PERBEZAAN CARA MEMASAK MENJADIKANNYA BERLAINAN RASA.
KARI AYAM
Bahan-bahan ( 8 org )
* Bahan dikisar halus *
20 tangkai lada kering
4 biji lada besar merah
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kunyit hidup @ 2 sk serbuk kunyit
* Bahan disangai dan dikisar sekali*
1 1/2 sb ketumbar
1 sb jintan halus
3 biji buah keras
* Bahan yang lain *
1 ekor ayam potong 12
1 labu bwg besar dimayang
2 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1 sk halba
1 sk biji sawi
1 cwn santan pekat & 2 1/2 cwn santan cair
2 keping asam gelugor
3 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan & pastikan jgn sampai hangit
Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.
Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api. Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.
NOTE:NAK TAMBAH KEENAKAN KARI AYAM NI,TRY LETAK KERISIK KELAPA..MMG SEDAP.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji kelapa - diparut
15-20 biji cili padi
kunyit sebesar ibu jari
2 btg serai
2 keping asam keping & garam secukup rasa
Nangka dimuda - direbus
Cara-cara
Ayam disalai terlebih dahulu.Jika malas nak salai...masukkan ayam dlm kuali dan masakkan dgn api yg kecil sehingga air yg keluar dr ayam kering.
Perah santan dan bahagi kpd 2 bahagian.Satu bhgian santan pekat dan satu lagi santan cair.
Tumbuk cili padi dgn kunyit hingga lumat.Atau nak senang blend je kunyit & cili padi bersama santan cair.Serai dititik.
Masukkan santan cair ke dlm kuali yg berisi ayam.Masukkan juga cili padi yg telah ditmbuk & serai yg dititik.
Masukkan 2 keping serai dan garam secukup rasa.
Masukkan nangka muda yg telah direbus yg telah ditoskan airnya.
Setelah mendidih masukkan santan pekat.Apabila mendidih kali kedua,padam api dan bolehlah dihidangkan. Tips: Jika tiada nangka muda boleh diganti dgn ubi kentang @ terung pipit @ ubi kayu.
NOTE:SEDAP NI KALAU MAKAN DENGAN NASI PANAS,UNTUK SAYURNYA ENAK DENGAN SAMBAL BELACAN DAN ULAM-ULAM.
AYAM MASAK KURMA
Bahan-bahan ( 4 orang )
Ayam setengah ekor
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
2 biji bwg besar
Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
Serbuk kurma adabi
Serai
Santan
Minyak untuk menumis
Cili hijau @ merah
Tomato
Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.
Masukkan serbuk kurma dan buah keras (ditumbuk terlebih dahulu).
Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.
Masukkan sedikit air dan garam.
Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan. Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.
NOTE:KUAH KURMA MISTILAH PEKAT DAN LEBIH MANIS JIKA DITAMBAH BAWANG BESAR YANG DIPOTONG DADU DIMASUK BERSAMA DENGAN TOMATO DAN CILI
AYAM 'BOXING'
Bahan-bahan ( 2 orang )
5 ketul kepak ayam
lada sulah
lada hitam
jus limau nipis
garam
bread crumb
telur (dipukul dadar)
Cara-cara
kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tghnya. lepas tu ambil bahagian yg byk isi. kikis dan terbalikkan isinya ke atas. biar tinggal tulang jer di bahagian bawah.
lepas tu perap ayam tu dgn lada sulah, lada hitam, garam dan jus limau nipis. perap selama mana anda suka.
setelah diperap, ambil ayam tu, celupkan pada telur dan lepas tu terus celup pada bread crumb. goreng hingga masak dan keemasan warnanya.
NOTE:KANAK-KANAK SUKA,PANDAILA ADJUZ,SESUAI DIHIDANGKAN UNTUK BIRTHDAY ANAK-ANAK
AYAM GORENG PANDAN
Bahan-bahan ( bergantung pd berapa ketul ayam )
Ayam
Air pandan(blender daun pandan ambik airnya)
Bwg putih(ditumbuk)
Halia(ditumbuk)
Serbuk cili
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Sdkt gula
Sdkt garam
Cara-cara
Perap ayam dgn bahan2 tersebut..lagi lama2 lagi sedap
Goreng hingga garing.
NOTE:LEBIH SEDAP,JIKA AYAM TADI DIBALUT RAPI BERSAMA REMPAH DAN DAUN PANDAN.
AYAM MASAK KICAP
Bahan-bahan ( 1-2 orang )
1 bahagian paha ayam
garam kunyit secukupnya
minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang besar -hiris nipis
2 ulas bawang puting- mayang
1cm halia- cincang halus
kicap pekat manis secukupnya
2-3 biji cili padi- potong dua
1-2 batang cili hijau
Cara-cara
Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
Siap untuk dimakan.
NOTE:UNTUK LEBIH PEKATKAN KUAHNYA BOLEH LA MEMASUKKAN SEDIKIT SOS CILI DAN SOS TIRAM.SEBELUM MEMASUKKAN AYAM DAN KICAP.
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara-cara
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
NOTE:AYAM MASAK MERAH NI BOLEH DICAMPUR DENGAN KENTANG WEDGES.
AYAM GOLEK
Bahan-bahan ( 2 )
2 bhgian paha ayam
1 mangkuk santan
5 biji bawang merah
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
sedikit kunyit dan sedikit halia
Cara-cara
bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus
kemudian masukkan bahan2 kisar serta ayam kedlm santan pekat.masak hingga ayam separuh masak.
kleuarkan ayam td dan bakar antara 20-25mnt
kuah rebusan ayam td di sapukan pada ayam yg sedang dibakar. siap utk dimakan.
NOTE:NI SALAH SATU LA,ADA LAGI YANG MENGGUNAKAN SATU EKOR AYAM,DI MANA SEMUA BUMBU DIIKAT DIDALAM DI DALAM BADAN AYAM.
AYAM PERCIK KELATE
Bahan-bahan ( Satu Keluarga )
Sekor Ayam
1 liter santan
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Batang serai
1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
1 keping asam keping
3 tangkai cili kering
Garam dan gula
Cara-cara
Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih.
NOTE:LEBIH SEDAP KALAU DIPANGGANG.
AYAM COCA COLA
Bahan-bahan ( 4 )
2 ketul paha ayam (yang besar)
1 tin coca cola
3 batang serai (diketuk)
4 inci halia (diketuk)
Cara-cara
Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup.
Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam. Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.
NOTE:RASANYA MCM AYAM MASAK KICAP.PASTIKAN COCA COLA ITU KERING SUPAYA MERESAP DENGAN ISI AYAM
AYAM MASAK ASAM PEDAS
Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )
1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
1 batang serai (dititik)
50gm daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
Masukkan pula garam. Gaul sebati
Tambahkan air
Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
**Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.
NOTE:MASAKAN FOFULAR DI JOHOR,LEBIH PEDAS LAGI SEDAP.AKU AKAN TAMBAH SEDIKIT BELACAN SUPAYA LEBIH MANTAP.
Apa pun masakan kita,yang penting kenala di masak sepenuh hati,dan untuk rahsia air tangan,kurangkan mengunakan sudu terutama untuk garam,gula dan serbuk perasa.

0 comments:

Post a Comment