Monday, March 2, 2009

Mee ..Macam-Macam Mee

Mee hon Cili Api
Bahan-bahan:
Satu paket mee hoon-direndam hingga lembut dan toskan
Udang basah sederhana besar

Bawang merah

Bawang putih

Cili padi

Udang kering

(ditumbuk bersama)
Fish cake & Ball

Cili kering yang dikisar

Tauchu masin

Sayur Sawi/Karrot/Tauge

Cara Memasaknya:

Tumis bawang merah,putih,udang dan cili kering sehingga wangi,masukkan cili kering sehingga naik bau,kemudian masukkan udang basah,fish cake,fish ball sehingga empuk,garam dan serbuk perasa juga dimasukkan sekali, masukkan mee hoon yang sudah di toskan dan diikuti dengan tauchu masin,kemudian masukkan sayur-sayuran dan gaul rata.Dan bolehlah di hidangkan ,makan panas-panas lebih sedap,untuk rasa yang lebih enak campur sedikit belacan dalam bahan-bahan yang ditumbuk.

Mee hon Sup

Bahan-Bahannya:
1 kilo mee kuning atau 500 gm bihun
500 gm daging
2 s/b rempah sup ADABI
4 keping tauhu [gorengkan dan hiris nipis]
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
3 cili merah ] hiriskan halus
5 biji cili api ]
bawang goreng
5 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji
4 biji telur rebus [belah 2]..
jika suka minyak untuk menumis
garam
1 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih

Bahan-Bahan tumbuk

2 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara memasaknya:

1. Celurkan mee kuning atau Rendamkam bihun sehingga lembut dan celurkan. Toskan.
2. Daging direbuskan dengan bunga lawang, bunga cengkih . kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga lembut. Keluarkan daging dan hiris nipis dan kecil.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
4. Masukkan rempah sup yg telah dibancuh ngan sikit ait dan kacau sehingga naik minyak.
5. Masukkan semula air rebusan sup dan biarkan reneh sehingga mendidih. Masukkan garam.
6. Untuk menghidang, masukkan bihun atau mee dalam mangkuk dan tuangkan sup. Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup & bawang, telur rebus, daging hiris dan limau kasturi.
Mee Udang

Bahan-Bahan:


1kg mee kuning [celur skit dan toskan]
1/2 kg udang basah - bersaiz sederhana or udang galah
1 biji cili merah ]3 ulas bawang merah ]
kisar2 ulas bawang putih ]
1 s/b lada hitam ]
3 s/k sos tomato
1 s/b sos cili
1 mangkuk taugeh [buangkan kaki ]
2 pokok daun bawang ]
2 tangkai daun sup ] mayang
5 biji tauhu [goreng dan potong empat segi sederhana nipis.]
5 biji cili masak [mayang]Limau kasturi [belah 2 buangkan biji]
Sedikit bawang goreng stok udang / stok ikan bilis
air secukupnya
garam

Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Setelah naik wanginya masukan air dan stok udang.
3. Masukkan sos cili/tomato, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan udang dan biarkan mendidih.
5. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama taugeh, bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup.
6. Perahkan limau kasturi.

Nota...taugeh tak payah dicelur supaya terAsa kerangupannya bila dihidangkan dgn sup udang yg panas..
Mee Goreng
Bahan-Bahan:

500 gm mi kuning
100 gm udang
100 gm isi ayam [hiris nipis]

100 gm kobis (dipotong)

250 gm sawi (dipotong)

2 s/b cili mesin

2 s/b kicap pekat

1 s/b sos tiram

1 cawan air stok tulang ayam

minyak

garam

Bahan-bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk & cili mesin hingga garing.

2. Masukkan isi ayam dan udang. Masukkan air stok dan kacau rata.

3. Bila mendidih masukkan mee, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis.

4. Bila nampak dah mendidih lagi kacau rata dan tutup api.

[Jangan biarkan lama2 nanti mee kembang..tak sedap.]

5. Hidangkan.
Mee Hailam

Bahan:

600 gm mee atau bihun [rendamkan sehingga lembut]

200 gm isi ayam [potong nipis dan kecil]

100 gm sotong [potong kecil]

100 gm udang [bersihkan]

200 gm kubis [racik halus]

100 gm carrot [racik halus]

100 gm taugeh [bersihkan]

100 gm daun kucai [potong pendek]

1 s/b lada hitam[tumbuk]

4 ulas bawang putih [tumbuk]

3 s/b minyak masak

2 s/b besar kicap cair

1/2 cawan air

Hiasan

2 biji cili merah [racik halus]

2 keping tahu goreng [potong kecil]

3 batang daun saderi ]

3 batang daun bawang ] racikkan

3 biji telur [ buatkan dadar dan potong kecil]

Garam secukup rasa

Cara membuat

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi.

2. Masukkan isi ayam, sotong dan udang dan Kacau rata.

3. Bila sudah masak, masukkan bihun, air dan kicap. Gaulkan rata dan biarkan masak.

4. Masukkan sayuran yg dipotong. Gaulkan rata. Rasakan masinnya.

5. Bila telah sayur telah layu dan masak boleh diangkat dan hidangkan dalam pinggan besar.

6. Hiaskan dengan bahan hiasan yg telah disediakan.


Mee Jawa

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]

300gm tauge (buangkan kakinya)

2 tangkai daun bawang (dihiris)

5 biji cili merah (dihiris)

3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)

3 biji telur rebus (dibelah)

3 biji limau nipis (dibelah)

Sedikit bawang goreng


Bahan Kuah:

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)

3 ulas bawang putih ]

5 ulas bawang merah ]

3 batang serai ] mesin halus

Sedikit halia ]

sedikit lengkuas ]

230 gm udang kering ]

2 s/b cili kisar

2 s/b serbuk kari daging

air rebusan daging

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.

2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Kue Tiaw
Bahan-Bahan:

500 gm kuetiaw

100 gm daging

1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge

1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]

2 sudu cili mesin

4 ulas bawang putih [ketuk]

2 biji telur [pukul sikit]

4 sudu besar kicap manis

2 s/b sos tomato

2 s/b airsedikit minyak garam [jika perlu]

Cara-cara memasaknya:

1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...

Macaroni Goreng

Bahan A:

1 cawan daging cincang Ramly tu atau ayam cincang

1 tin cendawan butang.. hiris /potong 2

1 biji cili hijau benggala/capsicum [potong dadu]

1 biji cili merah caksicum [potong dadu]

1 batang carrot [potong dadu]

2 biji tomato [potong dadu]

3 sudu tomato sos

garam

Bahan tumis;

1 labu bawang besar...........potong dadu

2 ulas bawang putih............potong dadu

cili mesin...kalau nak pedas

2 sudu minyak masak

Cara memasak

1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis.Biarkan wangi dan garing.

2. Masukkan bahan A dan makaroni dan gaul rata.

3. Rasa garam dan hidangkan.

4. Hiaskan dengan hirisan daun pasli...jika suka

Mee Bandung

Bahan
500 gm mee kuning (dicelur)

200 gm daging ayam (dipotong kecil)

300 gm udang

2 s/b cili mesin

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

5 ulas bawang merah (ditumbuk)

2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)

5 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)

2 biji telur (rebus dan belah 2)

Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

1 biji tomato (belah 8)

bawang goreng

cili merah/hijau (mayang)

Garam & minyak masak

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.

2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.

3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan.

4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.

5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan
Cara Menghidang:

Masukkan mee & tomato ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, cili merah, limau kasturi, daun bawang & bawang goreng.
Mee Kari

1 kg mee kuning ...]

1/2 kg taugeh..........]dicelur skit

4 keping Tauhu....digoreng dan dihiriskan nipis

1 pokok Daun bawang & daun sup....hiris halus

3 biji Cili merah ...........hiris nips

3 biji Limau kasturi/limau nipis.....potong kecil

Bawang goreng.... secukupnya

Bahan Kuah:

1/2 kg ayam...potong kecil

200 gm udang

1 paket chicken ball

1 paket fish cake...potong nipis

2 sudu besar cili mesin

3 sudu rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa

5 cawan santan..(1 biji kelapa)

2 batang serai

1 inci halia.................]

1/2 inci lengkuas........]

5 ulas bawang kecil.....]dimesinkan

2 ulas bawang putih....]

Cara Memasak Kuah:

1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.

2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.

3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

BAKSO

Bahan-bahannya:

500 gm tulang lembu

200 gm lemak muda atau tetal

300 gm daging [kisar]

5 s/b tepung jagung

2 kiub pati daging

1 bungkus rempah sup bunjut

sos cili kicap

daun sup & daun bawang [hiris]

hirisan kobis

500 gm mee kubing [celurkan]

air secukup

garam

10 ulas bawang merah [mayang nipis]

Minyak

Bahan-bahan tumbuk:

1 s/b lada hitam[kisar]

5 ulas bawang putih

5 cm halia

3 cm lengkuas

Cara-cara memasaknya:

1. Bersihkan tetel/lemak muda dan tulang lembu dan rebuskan bersama bahan tumbuk dan rempah sup bunjut sehingga lembut.

2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang untuk buat bawang goreng.

3. Masukkan bawang goreng kedalam periuk sup dan renehkan sehingga lembut.

4. Daging kisar tadi di gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam dan bulat2kan. Sekiranya lembek bolehlah tambahkan tepung jagung.

5. Bila kuah tulang telah mendideh masukkan bebola daging dan rebuskan sehingga masak.

6. Untuk menghidangkan, ambil mee kuning dan daun sup & daun bawang, hirisan daun kobis dan sos cili kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atas mee.



MEE HONGKONG

Bahan-bahan:

500 gm mee kuning

5 biji telur [ dipukul]

100 gm udang basah buangkan kulit]

150 gm ayam [dihiris]

1 biji panjang fish cake [potong nipis]

3 ulas bawang putih [dicincang]

100 gm brokoli [dipotong]

100 gm bunga kobis [dipotong]

100 gm carrot [potong kecil dan panjang]

5 tangkai baby corn2

sudu besar minyak masak

2 s/b tepung jagung ] 1 cawan air ] bancuhkan

1 cawan air rebusan ayam

2 s/b sos tiram

1 s/b lada sulah

garam

minyak

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.

2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.

3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.

4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.

6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahannya:

500 gm mee kuning

100 gm daging

100 gm fish cake hiris nipis

100 gm fish ball

4 keping kueh cucur udang

1 cawan taugeh

1 mangkuk sawi ----potong kecil

3 sudu cili mesin.....nak pedas bubuhlah lebih1 sudu rempah kari

3 sudu kicap pekat

2 sudu minyak masak

1 labu bawang besar ---cincang halus

3 biji telur ayam

3 biji cili hijau -------hiris nipis

Cara-cara memasaknya:


1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.

2. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan pula fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.

3.Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.

4. Masukkan taugeh dan sawi.

5. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.

6. Masakkan mee agak kering.

7. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan cili hijau.


MEE KANTONIS

600 gm mee kuning/putih (lebar)

2 biji telur [pukul]

200 gm udang basah

250 gm ayam (dihiris)

150 gm fish cake

30 gm bawang putih (dicincang)

200 gm sawi

100 gm carrot[hiris nipis]

100 gm bunga kobis [potong kecil]

1 s/b lada putih/sulah

1 s/b tepung jagung

2 sudu besar minyak

1 cawan air rebusan ayam

garam

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan masukkan mee dalammnya. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan.

2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.

3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah dan garam.

4. Masukkan sayuran dan biarkan mendideh sikit.

5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

6. Angkat kuah dan curahkan atas mee dalam pinggan.

7. Hidangkan panas2 bersama bawang goreng.

MEE CALONG

Bahan-bahan:

1 rangka ayam {potong kecil]

500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]

1 pokok daun sup [hiriskan]

1 batang carrot [potong kecil]

3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]

3 biji cili merah [hiriskan]

bawang goreng

garam

air secukupnya

2 s/b minyak

1 kiub ayam [maggi atau knor]


Bahan tumbuk:


2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 s/b lada hitam


Bahan Sos:

Kicap Pedas

15 biji cili api ] tumbuk halus

1 ulas bawang putih]

2 s/b kicap cair


Bahan Calong:


2 ekor ikan selayang [ambil isi saja]

1 s/k lada hitam tumbuk

sedikit tepung jagung

sedikit garam

Cara-cara memasaknya:


1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.

3. Masukkan air dan biarkan mendidih.

4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendidih.

5. Apabila mendidih asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.

6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan biarkan mendidih perlahan2.

7. Masukkan sawi/kailan.

8. Bila mendidih tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.


9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.


10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.

Perasan tak..kebanyakkan bahan utama dalam mee ni adalah udang,sebab udang mempunyai kemanisan yang asli sesuai untuk mee,dan kalau Lynn masak mee,udang kering adalah salah satu daripada content yang wajib dalam bahan tumbuk,bersama bawang merah dan putih..klu ditumis..baunya pasti akan buat kita 2-3 kita bersin..WOW!!..actually mmg byk lagi mee ni..ni yg smpat la..

0 comments:

Post a Comment