Friday, March 6, 2009

Western Food

Atas permintaan..ni nak share la..antara makanan Western Food yang ala-ala fofular di negara kita...so taklah kempunan kan..boleh cuba di rumah..senang je..


MAKARONI CHEESE

Setengah biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (tumbuk)
2 tbsp tomato puree
2 tbsp cili boh
sedikit daging cincang
2 tbsp susu segar
3 genggam macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto
boleh la nak tmbah..udang ke..sayuran ke..ikut selera..
Cara-cara memasaknya:

Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air
tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

PIZZA

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
Bahan utk Doh :-

1 kg tepung gandum
1 s/b minyak zaitun
11g mauripan (yis)
2 cawan air - suam2
garam

Bahan-bahan utk Topping (agak2):-

Bawang merah
Lada Capsicum hijau
Nenas (dlm tin pun boleh)
Daging kisar (Ramly)
Cendawan butang
Sosej
Sos pizza (ada dijual)
Lada sulah
Bawang putih - utk menumis
Mozarella
Cara-cara memasaknya:

Tumiskan bawang putih (diketuk + cincang) bila agak wangi masukkan daging + lada sulah + garam
Kacau hingga air daging kering dan sebati, angkat + ketepikan
Untuk Doh : masukkan tepung +air +yis + garam + minyak. Uli sehingga menjadi doh dan perapkan selama 20min. Doh akan mengembang dan bahagikan kpd 6. Canaikan/tekan2 atas tray.
Kemudian sapukan sos pizza dan taburkan mozarela sedikit dan kemudian ditaburkan daging, hirisan sosej, lada, nenas dan bawang
Akhir sekali taburkan mozarella, dan bakar pada suhu 180c selama 25min (grill bawah shj)

FISH & CHIP

Bahan-bahan ( 4 orang makan ):

1 paket dowry fish fillet
2 biji telur
sedikit lada sulah
secubit garam
serbuk roti (bread crumb)
*hidangkan bersama:- lemon dan mayonaise
Cara-cara memasaknya:

pukul telur dgn lada sulah dan garam
bersihkan dowry fish fillet dgn lemon (hilangkan bau)
celupkan dowry fish fillet ke dalam telur
kemudian celupkan @ ratakan bread crumb pada dowry fish fillet
gorengkan dgn minyak yg banyak hingga keperangan.
hidangkan mengikut citarasa masing-masing...

LAMB STEW

Bahan-bahan ( 3 orang )


1/2 kg potongan daging kambing (lamb cutlets)
1 biji bawang besar berkulit coklat (dimayang)
1 batang lobak merah (potong baji)
2 biji kentang (potong baji)
1 sudu makan mentega
5 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 kiub pati lembu
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan honey mustard
Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara memasaknya:

Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum.
Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
Selepas 5 minit, masukkan kiub stok lembu, tomato puri, honey mustard, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.
Boleh dimakan dengan roti, pasta ataupun nasi .

( Selamat mencuba! : )

KENTANG LENYEK (ala-ala KFC)
Bahan-bahan ( 2 org ):

5 biji ubi kentang
butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup)
1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air)
1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa)
Cara-cara memasaknya:

utk smashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.(dah siap la utk mkn..lalala)
utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.
mknlah smashed potato tu ngn gravy..sedaapp..menjilat kaki!
KUAH

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara menyediakannya:

Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

CHICKEN PIE

Bahan-bahan ( 5 org makan ):


puff pastry
daging ayam - biasa pakai minced chicken Ramly peket kecil - anggaran 500gm.
mixed vegie - 250gm
cendawan butang - 1 tin
Cream of Chicken (Chicken Soup dalam Tin) - 1 tin
3 ulas bawang besar dipotong dadu

Cara-cara memasaknya:


Untuk pastry: guna puff pastry yang ada kat kedai. Roll ikut size loyang. Di bahagi dua sebab untuk lapisan bawah dan atas.
Sapu telur atas lapisan pastri tersebut.
Bakar pada suhu 200 Celcius selama 30 minit atau sampai pie kuning keemasan.
Untuk intinya:
Tumiskan bawang hingga naik bau.
Masukkan ayam dan tumis hingga agak masak.
Masukkan cendawan butang dan mixed vegie. Goreng seketika, jangan sampai layu.
Masukkan cream of chicken.
Rasakan dengan garam.

LAMB CHOP

Bahan-bahan ( 2 org makan ):
500gm daging slice/2 keping daging
2 sudu marjerin/butter
skit garam


BHN SOS BLACK PEPPER


1/2 sudu black pepper
1 sudu mentega
1 kuib ayam
sebatang saderi-dicincang
sebiji bawang besar- dicincang
2 cwn air (hana tmbh susu segar skit.. x nk pon tkpe)
2 sudu tepung gandum
2 sudu kicap 2 sudu sos tiram
garam skit


BHN MACARONI / COLESLAW


segengam macaroni - direbus dan ditos
segenggam mix vagetable - direbus dan ditos
2 sudu mayonis 2 sudu yogurt plain
sesudu air lemon

BHN MASHED POTATO


5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
1/2 cwn susu segar - kurangkan klu tk nak lembik sgt
sos black pepper/gravy


BHN SAMPINGAN

kentang goreng
2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
sebiji tomato- dihiris


Cara-cara Menyediakannya:


Gaulkan daging ngan skit garam then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak. kalau ade sos steak leh la di sapukan atas daging tuh.. n balik2kan.
Utk buat sos black pepper/gravy - masukkan air, bwg,btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan td dgn mentega,kiub ayam,kicap,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur dgn sedikit air utk memekatkan sos.masak hingga didih dan pekat.
Utk buat macaroni - campurkan bhn rebusan ( macaroni,mix vagetable) mayonis,yogurt dan air lemon. Gaul hingga sebati.perasakan ngan garam.
Utk mashed potato plak - lenyekkan kentang dan blend dengan susu segar n tmbhkan lada itam skit. curahkan sos black pepper/gravy td.
Hidangkan dengan kentang goreng,brokoli dan asparagus. hana wat gak chicken chop coz my kids tk mkn daging.Taraa...dah siap bleh makan. nmpk cam susah tp sebenarnya senang je..

ROTI FOCACCIA

Bahan-bahan ( 1 biji 35x 25cm ):


250g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
150ml air suam
25ml olive oil
tepung
olive oil
garam


Cara-cara Membuatnya:


Masukkan semua bahan-bahan yg di atas sehingga ke olive oil. Uli macam uli roti biasa.
Penaikkan dua kali ganda. Bila dah siap, keluarkan angin.
Canai di biar jadi 25x35cm lebar. Cucukkan dengan garfu. Penaik lagi sehingga 2 kali ganda. - Semasa mencanai tu, letak sedikit tepung di atas papan pencanai supaya tak melekat.
Sebelum bakar sapukan dengan olive oil dan tabukankan sedikit garam ke atasnya.
Bakar dengan suhu 250C selama 10-15 minit.


SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahan ( 6 orang ):

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara Menyediakannya:

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

LASAGNA

Bahan-bahan ( 6 orang ):


300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 peket Cheddar cheese (115g)
1-2 cawan susu
Sedikit garam untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Cara-cara Memasaknya:

Panaskan oven 180 C
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

BLACK PEPPER CHICKEN CHOP
Bahan-bahan ( 2 orang ):

*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
*SOS BLACK PEPPER*

1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa
Cara-cara menyediakannya:

Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
OK? hope semua orang happy la

4 comments:

Anonymous said...

Wah saya belum pernah makan makanan barat seperti diatas, kelihatannya nikmat banget western food

Perfume Malaysia said...

resepi kentang putar tu cam menarik je.
saya copy resepinya ok. perfume malaysia

Unknown said...

Absolutely love western food, especially lamb chop.nomnomnomnom!! Its very hard to find good western food restaurants right here in KL, but you can try out many good
western food
and american restaurants near Damansara

Ana Yana said...

Share & LIKES
ID038
PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PENDAPATAN EKONOMI ANDAπŸ‘

Perniagaan Makanan Western Food merupakan antara pilihan Utama usahawan @ peniaga baru di Malaysia.

Masih belum terlambat untuk Anda memajukan diri Anda ! πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

KELAS WESTERN FOOD ( RESTAURAN,FOODTRUCK,GERAI DAN SEBAGAINYA )

Tenaga Pengajar Professional : chef obie

PAKEJ KELAS MASAKAN WESTERN FOOD UNTUK PERNIAGAAN :

Promosi 2017!

Fee Promosi RM1700.00
Normal Fee RM2200.00

LOKASI : AMPANG
Bandar baru Ampang.
Merdeka Villa.
Jalan Merdeka.
Ampang.
Landmark : spectrum mall

Durasi : 3@4 jam

Intipati : -Memperkenalkan Menu Asas Dikedai makan @ Restauran Western Food -Pengnalan Western Food - Asas pembelajaran secara Hands - On -Teknik dan cara Penyediaan mengikut menu western popular & Penyimpanan
Anda akan belajar cara penyediaan yang betul mengikut menu dibawah :

*Chicken Chop belajar 3 jenis iaitu
Texas Fried Chicken Chop / Breaded Chicken Chop / Grill Chicken Chop *Aussie Lamb Chop
*Beef Steak *Irish Fish & Chips
US Mash Potato & Nanny Gravy @Potato Wedges ( pilihan )
*Black Pepper Sauce
*Mushroom Sauce
*Mushroom Soup
*Russian Coleslaw
*Garlic Bread
*Irish Tartar Sauce -Dilatih oleh profesional industri sebenar. -Sijil

Cara Menyertai Pakej ini -

Anda Wajib Menjelaskan Yuran Pakej Promosi
RM1700.00

Ke salah satu akaun

i- CIMB 7619121286

ii- MAYBANK 151409098193

iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama
Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan
Dan whatsapp Infonya dan ID038 ke
01722620719

Nama kelas , Jumlah , Tarikh kelas yang Anda pilih
Kelas : pelajar wajib memilih sendiri TARIKH KELAS
Pilihan ISNIN HINGGA KHAMIS ,SABTU atau AHAD
Pelajar hanya perlu bawa alat tulis dan apron.

FOLLOW MY IG : chef_obie_official

Post a Comment