Tuesday, March 17, 2009

Nyum Kek

Waktu cuti sekolah ni la bagus untuk mencuba resipi kek ni..boleh dijadikan hidangan minum petang,untuk majlis hari jadi atau hantaran perkahwinan..

KEK PUDING KARAMEL
Bahan-bahan ( 20cm )
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
Cara-cara:
1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2.Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
3.Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api. 4.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
5.Tapiskan adunan tadi ke dalam loyang karamel tadi.
6.Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
8.Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
9.Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
10.Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
11.Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
12.Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
CHEESE CAKEBahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

ROLL KIPASBahan-bahan ( 10 biji roll )
BAHAN2 A:
15 biji Kuning Telur
6 biji Putih Telur
250g Gula halus
200g Tepung Hong Kong / superfine
1 camca Ovalette
50g Tepung Jagung
BAHAN2 B:
450g Mentega
4 camca Susu pekat manis
1 tin kecil Seri kaya
BAHAN C:
Pewarna Merah, Hijau, Kuning
BAHAN2 KULIT:
10 biji Kuning telur
4 biji Putih telur
150g Tepung Hong Kong
150g Gula Kastor
20g Tepung Aiskrim
1 camca Ovalette
1 camca teh serbuk penaik
50ml Air ais
125ml Mentega cair
1 botol jem strawberi
Cara-cara
Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.
Selamat mencuba. Remeh sikit nak buat tapi puas hati bila dah jadi. Kalau nak beli mahal bukan main.
Ini dia gambar alat utk memotong kek lapis berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci. Alt ini di letak atas kek & potong dgn pisau yg tajam.
Kek batik


KEK COKLAT
Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

KEK BATIK MASAM MANIS

Bahan-bahan ( 1.2kg ):
10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
300gm Gula Halus
450gm Mentega
160gm Tepung Biskut Marie ( Biskut Marie yang di kisar jadi serbuk )
50 gm tepung gandum
50gm serbuk santan
1 s/t baking powder
1 s/t esen vanila
1 tin rendah susu pekat
Pewarna merah, hijau atau kuning
4 sudu makan asam jawa Extra (Adabi)
150gm gula
¼ cawan air
Cara-cara :
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
Pukul mentega hingga kembang
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan
Campur sebati asam jawa, gula dan air (boleh tambah gula jika mahu lebih manis)
Bahagi kpd 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau, 1 bahagian masukkan warna merah dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning. Lebihkan bahagian warna kuning sebanyak 3 senduk.
Lapis adunan warna kuning dulu sebanyak 2 senduk dan kukus selama 15mt. bila masak sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
Masukkan adunan warna merah sebanyak 1 senduk dan kukus selama 10 mt. bila masak, tekan sedikit supaya permukaan menjadi rata barulah sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
Ulang langkah 7 sehingga habis semua warna
Lapisan terakhir sebaik-baiknya warna kuning dan dimasukkan sebanyak 2 senduk.

KEK BATIK

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
Cara-cara
patah2kan biskut
dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
masukkan butter,kacau sampai butter cair
kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


KEK BATIK LIMAU PURUT

Bahan-bahan ( loyang 7"x7" )
250 gm mentega
2 sudu makan susu pekat
1/2 tsp vanila
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
160 gm gula halus
90 gm tepung hong kong
2 sudu makan badam kisar
1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 - 2 sudu makan kulit limau purut ( diparut)
1 tsp warna hijau
Cara-cara :
1. mentega, vanila dan susu pekat dikacau hingga kembang dan ketepikan.
Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-demi sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
Masukkan mentega yang telah dikacau tadi kedlm adunan telur dan kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit-demi sedikit.
masukkan badam dan parutan limau purut. kacau hingga rata. Bahagi adunan kpd 2 bahagian. Satu biarlah plain dan yang satu lagi dibubuh pewarna hijau.
Bakar mengunakkan api grill suhu 200 - 210 C dengan kaedah selapis demi selapis hingga masak.

KEK PISANG
Bahan-bahan ( 20 cm )
2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara :
Pukul butter dengan gula sehingga kembang
Asingkan putih dan kuning telur
Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega
Cara-cara
1.Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2.Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3.Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4.Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5.Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6.Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7.Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8.Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9.Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

0 comments:

Post a Comment