Tuesday, March 10, 2009

KUIH MUIH TRADISIONAL

KUIH PUTERI AYU
Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan)
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara :
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
KASWI
Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara:
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.

KOLE KACANG
Bahan-bahan ( 7-8 orang )
** 1 cwn santan pekat
* 1 cawan gula merah
* 2 sb gula pasir
* 1 cwn air
* beberapa helai daun pandan disimpul
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam
Cara-cara :
Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

APAM TAPAI

Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )
1 mangkuk nasi
1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
2 mangkuk tpg beras
1 mangkuk gula
2 mangkuk air
2 sudu teh eno

Cara-cara:
Tumbuk ragi hgga hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
Peram bahan ini selama 5-6 jam
Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.

KUIH SERI MUKA

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

PULUT PANGGANG
Bahan-bahan ( 15 batang ):
4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
beberapa helai daun pandan
daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
Cara-cara :
cuci beras pulut dengan air suam
masukkan santan+garam+daun pandan
tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)
bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
letak atas api dan balik2kan hingga garing
makan masa panas-panas... best!
NOTE:AKU LAGI SUKA KALU GUNA SAMBAL UDANG..LAGI SEDAP..

POPIA GORENG

Bahan-bahan ( 14 ketul ):
14 keping kulit popia
1 cawan sayur campur
1 cawan isi ayam
1/2 bawang besar dipotong dadu
1/2 kiub ayam
minyak untuk menumis dan menggoreng
sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara:
Hiris isi ayam nipis-nipis
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
Masukkan sedikit air
Kemudian masukkan kiub ayam
Masukkan serbuk lada sulah
Masukkan sayur campur
Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan

TEPUNG PELITA

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas ):
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara:
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

NOTE:NI ZAMAN SERBA MUDAH,KLU DULU KUIH NI AKAN DIISI DALAM ACUAN YG TERHASIL DR DAUN PANDAN

KUIH LAPIS
Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org ):
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara:
Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

KUIH LOPES

Bahan-bahan ( 4-6 orang ):
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
pewarna hijau
kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
garam
1 biji gula Melaka/ 5 sudu besar gula perang (brown sugar)
11/2 cawan air
*** daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dlm air gula

Cara-cara :
Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna
Toskan pulut tadi
Masukkan santan dan secubit garam
Kemudian masukkan dlm microwave sekurang2nya 15mins (ikut jenis microwave) dan kacau setiap 5 mins untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak
sediankan cling film/plastik dan oleskan sedikti margerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atsanya
Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi
Sejukkan pulut sbelum dipotong
Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam
Untuk air gulanya >>> masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji ):
*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara:
Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu

KUIH KOCI

Bahan-bahan ( 20 biji ):
BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara:
UNTUK INTI:-

Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:-

Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-

Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Yang ini berbentuk bantal.
Dan yang ini berbentuk piramid
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba..

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan ( 10 keping ):
utk kuih cara
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
Garam / gula
Utk inti
6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
1/2 biji capsicum
3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
1 biji bawang besar di potong dadu
2 sudu serbuk kari daging
Sedikit Daun bawang di potong halus
Sedikit daun sup di potong halus
Garam n ajinamoto

Cara-cara:
Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.
CEKMEK MOLEK

Bahan-bahan ( 12-13 biji ):
2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

ROTI JALA
Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara-cara :
Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

11 comments:

BULUHRUNCING said...

kueh mueh tradisional ni perlu diajarkan dan dipelajari oleh generasi muda sekarang. Kalau tidak hilang ia dari pandangan mata dan selera. Banyak dah kueh-kueh tradisi yang hilang kerana tidak diajar dan dipelarajari.Dodol kukus makanan tradisi makin dilupakan.

xcontrol21 said...

terima kasih di atas kesudian saudari berkongsi resepi kuih muih tradisional ini.

sha zik said...

terima kasih kerana berkongsi resepi ini.. ^_^

Norah Hassan said...

Thanks..kongsi resepi tradisional... dapat juga sy mencuba... :)

Monnie said...

mane nya gambar step by step cara mmbuatnya karipap???

Miss Ailynn & Miss Nora said...

terima kasih atas kesudian untuk komen2 anda..sebarang penambahbaikkan akan diupdate dari masa ke semasa

zazafaizal said...

thanks sbb sudi berkongsi..

ena ArianaL said...

Memang menarik.. Byk resepi kuih.. Harap byk lg resepi kuih yg i blh belajar buat

cik hani said...

Byk resepi..blh try..btw ada perasan.something.mknn traditional senang nk buat xperlu oven.tak perlu nk double boiler..

hayya said...

tengkui ... share amik resipi

Victoria Efesus said...

tq..because sharing this recipe with us..actually,i really like to learn how to cook many types of kuih muih and learn something new in my life that i can't do....

Post a Comment