Thursday, February 26, 2009

How To Cook 'Nasi'

Kali ni Lynn nak ajar plak pelbagai jenis masakan yang bahan utamanya..beras..dan bila di masak jadi nasi la..check it out..tidak termasuk nasi goreng..coz utk nasi goreng coming soon..

NASI TOMATO
Bahan-Bahan:

5 cawan beras - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2s/b majerin /minyak sapi
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Cara Memasaknya ialah:

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan merjerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..
Meletop yeah!!

NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]

5 cawan air1/2 cawan susu cair

3 biji tomato buah [cincangkan]

1 batang serai [ketukkan]

2 helai daun pandan [simpulkan]

1 kiub ayam

1 s/k garam

pewarna hijau merah dan kuning

1 sudu besar minyak sapi

2 sudu besar majerin


Bahan tumis:

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

1 inci kulit kayu manis

1 inci halia-tumbuk

3 ulas bawang merah -tumbuk

1 ulas bawang putih -tumbuk

Bahan hiasan:

bawang goreng

daun bawang [mayang]


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.

2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.

3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.

5. Masakkan saperti nasi biasa.

6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.

7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.

8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

Setiap tahun,my mum misti akan masak ni untuk 'HARI RAYA AIDILFITRI'..teringin nak makan datanglah rumah

NASI KERABU



Bahan-bahan:


Nasi putih/nasi warna biru.masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam

Bahan untuk Sambal Ikan :

3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya

1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 sm halia

2 batang serai

1 sudu teh lada hitam

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

Cara memasak Sambal Ikan :

Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :

4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

20 gm belacan

10 tangkai cili kering

2 sm halia

2 cawan santan cair

1 batang serai

2 sudu teh gula

1 sudu teh garam

Cara memasak kuahnya:

Masak santan sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan-bahan Solok lada:
Beberapa biji cili hijau (sebaiknya warna hijau keputihan tu) dibelah dua memanjang..buangkan bijinya

Isi ikan....ikan kembung/tenggiri...anggaran

1 cawankelapa muda (parut) ...1 cawan

3 ulas bawang merah...mayang

1 biji telur

garam

Cara-cara memasaknya:

1. Semua bahan ni digaul dan masukkan dalam cili hijau tu.

2. Kukuskan cili ni selama 15 minit.

3. Hidangkan bersama nasi kerabu...

Bahan untuk ulam :

1/2 biji timun - dipotong halus

1/4 biji kobis bulat - dipotong halus

20 gm belacan

1 ikat daun kesom - dihiris halus

2 batang serai - dihiris halus

2 kuntum bunga kantan - dimayang

5 batang kacang panjang - dipotong halus

50 gm taugeh

2 sudu besar budu

2 sudu kecil lada sulah

Gaulkan semua ulam-ulaman. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

p/s:tidak dianfikan penyediaannya mmg rumit,tapi mak oi..sedap giler.. yang ni plak..my antie paling terror.wpun masakan ni berasal dari Kelantan..but yang penting air tangan yang memasak tu..


NASI DAGANG


Bahan-bahan :

3 cawan beras

1 cawan beras pulut sedikit halba

2 cawan santan pekat garam secukup rasa

3 helai daun pandan

Bhn utk Di Mayang

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

4 cm halia

Cara-cara membuatnya

1.Beras dan pulut disatukan dan dibersihkan. Rendam semalaman.

2.Ambil periuk pengukus dan belah dua atau tiga daun pandan kemudian aturkan silang menyilang atas periuk pengukus. Tujuannya bagi mengelakkan beras daripada banyak jatuh kedalam lubang pengukus dan baunya yang sedap. Kukus hingga masak.

3.Apabila sudah masak masukkan pulut kedalam mangkuk besar. Gaul dengan santan yang telah dibubuh garam, bahan-bahan yang sudah dimayangserta halba sehingga samarata.

4.Kukuskan sekali lagi sehingga nasi tanak.

5.Angkat nasi dagang sudah dimasak dan hidangkanbersama gulai nasi dagang dan acar.

Gulai ikan tongkol untuk nasi dagang...

1 ekor ikan tongkol/tenggiri...] 6 kepng asam keping............] potong...bersih dan rebuskan,garam secukupnya................],3 s/b rempah kari ikan,2 s/b cili mesin.4 ulas bawang kecil....tumbuk halus.Lengkuas...tumbuk kasar.2 cawan santan pekat.1 s/b gula merah.1 s/b kerisikair asam jawa secukupnya.minyak untuk tumis cili api dan belimbing buluh

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing

2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendidih.

3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.

4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.


Acar:

Timun

Lobak Merah (Carrot)

Cili merah & Hijau

Bawang Besar

Cuka gula dan garam

Air kapur

Cara-cara menyediakannya:

1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang mancis.

2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.

3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.

4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.

5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.

6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.

7. Hidangkan bersama nasi dagang.

NASI MINYAK


Bahan -bahan:

1 kg beras bathmati

5 ulas bawang merah ]3 ulas bawang putih ]-dihiris3 cm halia ]2 helai daun pandan..koyak & simpulkan

3 tangkai daun kari

5 gm kulit kayu manis

3 gm bunga lawang

3 gm cengkih

3 gm pelaga

1/2 cawan susu cair

2 biji tomato..cincang kecil

1 liter air

2 s/b minyak sapi

bawang goreng

kismis

bawang-dihiris halus

Cara Membuat

1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker.

2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan susu, daun kari, daun pandan dan air secukupnya.

4. Masukkan beras & tomato dan biarkan sehingga kering dan masak.

5. Untuk menghidang, hiaskan dengan bawang goreng, kismis dan daun bawang.

DALCA


Bahan-Bahan:

600 gm daging

3 biji ubi kentang

5 batang kacang panjang

1 biji carrot1 cawan

kacang dhal.....rebus lembut

6 biji buah belimbing buluh

4 biji cili hijau

2 biji mangga muda

2 biji tomato

1 labu bawang besar

2 biji terung bulat putih atau biru

4 cawan santan

1 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa

4 ulas bawang merah ]

2 ulas bawang putih ]

hiriskan3 cm halia ]

1 sudu besar minyak sapi

3 sudu besar minyak

Garam secukup rasa

Cara memasaknya:

1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan.

2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.

3. Potong kecil mangga muda.

4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.

5. Panaskan minyak sapi & minyak .

6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.

7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,

8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.

9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.

10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.

11. Masukkan garam.

12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.

13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.

14. Siap untuk hidangan


AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:

10 tangkai cili kering

5 tangkai cili merah

3 cm halia

3 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

2 btng serai

4 biji tomato

2 S/B tomato sos

kacang peas

bawang besar..potong gelang

minyak masak

Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara memasaknya:

1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.

2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

3. Gaulkan hingga sebati dan rata.

4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Sesuai sangatla untuk majlis perkahwinan..lengkap packages..

NASI LEMAK KUKUS


Bahan-Bahan:

1 kg beras AAA [basuh n toskan]

1 liter santan [5 cawan santan]

3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]

3 keping hirisan halia

3 ulas bwg merah [mayangkan]garam secukupnya

sedikit gula jika suka

Cara memasaknya:

1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.

2. Pindahkan nasi kedalam kukusan berlubang dan kukuskan sehingga naik wap [30 minit]

3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:

250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala]

1 senduk cili kering mesin ]

3 labu bawang besar ] dimesin halus sket belacan ]

1 cawan air asam jawa

2 labu bawang besar..mayang kasar

garam

gula

minyak untuk tumis

Cara-cara memasaknya:

1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.

2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.

3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan

4. Bila dah naik minyak baru angkat.

Masa sekolah,aku selalu jual nasi lemak ni..cuma 'secret recipe' la..cuma aku ja tau mcm mana my nasi lemak terlaris di pasaran.

NASI ULAM [Versi Utara]


Bahan-Bahan:

600 gm nasi yang telah disejukkan

1 keping ikan talang

1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak]

40 gm bawang merah

3 helai daun mengkudu

1 tangkai daun selom

1 tangkai daun kesum

1 helai daun kunyit

3 helai daun kaduk

5 helai daun pegaga

5 helai daun ulam raja

3 helai daun selasih

1 batang serai

1 sudu besar kerisik [ditumbuk halus]

1 sudu teh serbuk lada

Cara menyediakannya:

1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.

2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering.

3. Mayang bawang merah halus-halus.

4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan.

5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang.

6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.Boleh juga sebagai tambaha sediakan asam rebus keladi.

NASI AYAM DIET

Bahan-bahan:

1 ekor ayam [potong 2]

5 ulas bawang putih[ketuk]

2 inci halia[ketuk]

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga

1 s/b kicap cair

4 tin susu

beras AAA 2 helai daun pandan[disimpulkan]

carrot[potong dadu]

Sayuran:

Daun salad

timun tomato daun sup & daun bawang[racik]

bawang goreng

garam secukupnya

Sos Cili 10 biji cili merah

2 ulas bawang putih

2 s/b Apple Cider Venigar atau jus limau

gula & garam secukupnya

Cara Memasaknya:

1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.

2. Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.

3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit.

4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.

5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.

6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.

7. Sayur dipotong mengikut suka.

8. Ayam dipotong kecil.

9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Aku pun nak share 'Ailynn Chicken Rice'..simple tp yummy

Bahan-bahan:

Beras (dah cuci)

Ayam

Halia

Bawang Putih & Merah

Serai

Cili Padi

Sos Tiram & Kicap

Minyak Bijan

Limau Kasturi

Timun

Cara memasak:Rebus ayam bersama halia,bawang merah,bawang putih,nak tambah kiub ayam or stok ayam pun ok..coz kita juz nak air rebusan tu je..garam,gula dan serbuk perasa mengikut citarasa

Keluarkan ayam,asingkan air rebusan dengan bahan-bahan tadi.Panaskan rice cooker,bila dah agak panas masukkan merjerin,tunggu hingga mengelegak,tumiskan serai dan bahan-bahan yang direbus bersama ayam tadi,itu klu nak jimat..kalau rajin boleh masukkan yang baru halia,bawang merah dan bawang putih,tumisla sekejap sampai ada bau..baru masukkan beras kita tadi..gaul smpi sebati..kemudian baru tuang air rebusan ayam utk masak nasinya.

Sosnya plak..senang je..tumis bwg putih dan halia dengan minyak masak.sehingga kekuningan masukan sos tiram,minyak bijan dan sedikit merjerin utk pekat kuah,nak pekat lagi tmbh la tepung jagung..dan tuang la kicap manis tadi..pandai2 la adjuz rasanya

Ladanya..hiris bawang putih,halia dan sedikit kulit kasturi secara mayang halus,perah kan kasturi,sedikit cuka,gula dan garam.rasanya misti masam,manis pedas.Ayam tadi tu..klu aku..aku goreng je..tp stakat garing je..

Sepanjang aku upload pic,isi resepi ni..selama itu lah perut aku asyik berbunyi..lapar..belum makan lagi ni..aku ada sedikit kesukaran nak dptkan pic-pic masakan..sape yang berminat sila la cuba..

0 comments:

Post a Comment