Monday, February 23, 2009

Hidangan Pertama






Untuk membuka hidangan jom masak dan makan ni.Aku nak share lah tentang satu tempat makan yang terdapat di area Sulaman,Kota Kinabalu Sabah.Tempat makan ni dikenali sebagai Salut Seafood.Menu utama ialah makanan laut yang terdiri daripada udang,ikan,ketam,sotong dan semua jenis kerang.Pelanggan boleh memilih sendiri menu masakan dan kuantiti makanan yang ingin dimakan.Terdapat pelbagai jenis masakan dari goreng,kukus,tumis dan sup.Harganya juga berpatutan.selain dari pemandangan yang menarik dan suasana sekitarnya sungguh tenang











Seterusnya nak tunjuk antara hidangan yang disediakan di sini..













Ini adalah sup jagung ketam atau crab corn sup.Bagi mangkuk begini mereka charge dengan harga RM12.90 sahaja.Cara untuk menyediakan sup ketam ini ialah:

Bahan-Bahannya ialah

1.Isi ketam (dalam 5-6 ekor ketam)
2.Bertih Jagung (yang boleh didapati pasar raya,sama ada dalam bungkusan plastik atau tin)
3.Cendawan Butang yang dihiris memanjang
4.Kuib Ayam-2 ketul,boleh digantikan dengan stok ayam.
5.Daun Bawang & Sup yang dimayang.
6.Bancuhan air tepung jagung..cukuplah hanya 2 sudu kecil tepung jagung.
7.Sebiji telur


Cara Penyediaan:
Sediakan satu periuk dengan 4 gelas air dan renehkan,tunggu sehingga mengelegak,kemudian masukkan isi ketam,tunggu seketika,kemudian masukkan cendawan yang dihiris bersama-sama dengan bertih jagung.Masukkan kuib ayam atau stok ayam mengikut selera,sedikit garam dan serbuk perasa jika mahu.Masukkan bancuhan air tepung jagung..dan gaul sehingga sebati.Kemudian matikan gas anda..barulah anda masukkan sebiji telur dan gaul..sehingga telur tadi sebati dalam sup anda.Barulah dihidangkan dengan menabur sedikit daun bawang,sup dan bawang goreng.Siaplah sup ketam anda.

Kalau masih tidak yakin untuk mencuba,terdapat pek Maggi segera yang anda boleh perolehi di pasar raya,cuma boleh diubah suai mengikut selera.
















Udang Masak Butter..
1.Udang Kertas-(terpulang kepada anda)
2.Mentega/Merjerin mengikut kuantiti udang dan selera
3.Nestum- 3 sudu besar.
4.Bawang Putih dicincang
5.Timun dan Salad sebagai hiasan
Cara memasaknya.
Tumis bawang putih yang dicincang halus sehingga kekuningan,masukkan udang sehingga bertukar warna kemerah-merahan,masukkan garam,serbuk perisa dan sedikit gula,matikan api.kemudian masukkan mentega atau merjerin dan gaul sebati.Kemudian taburkan nestum di atas hidangan yang sudah siap untuk dihidangkan.















Ikan masak kukus

1.Satu ekor ikan kerapu-terpulang pilihan anda
2.Cendawan butang yang dihiris panjang
3.Halia/Bawang Merah/Bawang Putih/Bawang Besar dihiris
4.Tauhu
5.Daun Bawang dipotong panjang
6.Sos tiram dan sedikit kicap

Cara memasaknya:
Sediakan sebiji loyang yang besar untuk memuatkan seekor ikan,taburkan hirisan halia,bawang merah,bawang putih dan bawang besar,taburkan juga cendawan butang yang dihiris.Bancuhkan sos tiram dan sedikit kicap manis dan tuang di atas adunan ikan tadi,tabur juga sedikit garam.Kemudian boleh la ikan tersebut dikukus,selama beberapa minit.Semasa dihidangkan bolehlah dicampurkan dengan tauhu dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.


Lala masak sos Thai
1.Lala
2.Sos Thai
3.Serai dimayang
4.Lengkuas/Halia/Bawang Merah dan Putih dihiris halus
5.Kacang tanah yang dikisar halus
6.Salad
7.Cili Merah
Cara Memasaknya:
Tumis Lengkuas,halia,bawang merah dan putih sehingga berbau harum,masukkan serai yang telah dimayang,tuang sos Thai ke dalam bahan yang telah ditumis sehingga mesra.Lala kemudiannya di masukkan ke dalam kuah tersebut diikuti dengan cili merah dan kacang tanah tadi.Perasakan dengan garam,gula dan serbuk perasa jika mahu.Bagi yang suka akan keaslian rasanya,bolehlah digantikan dengan sos ikan.Hiasan daun salad akan menaikkan selera kepada hidangan ini.
Selamat Mencuba!!!


0 comments:

Post a Comment