Tuesday, February 24, 2009

All about 'Laksa'

Now..kita nak talk pasal laksa plak,lain negeri lain laksanya..berbeza bahan-bahan,rasa dan rupa..jadi check it out..yeah..

Laksa Sarawak

Bahan kisar:

1.Bawang Merah

2.Cili kering

3.Biji keras

4.Bawang putih

5.Serai

6.Kulit kayu manis

7.Lengkuas

8.Belacan

Bahan-bahan

1.Mee hoon
2.Udang
3.Ayam/stok ayam
4.Taugeh
5.Tauhu kering dan basah
6.Daun sup dan bawang
7.Bawang goreng
8.Telur rebus
9.Serai
10.Daun limau purut
11.Santan

Sambal
1.Cili padi
2.Bawang merah
3.Belacan
4.Gula
5.Limau Kasturi

Cara memasaknya:

Mula-mula rebuskan udang dan ayam,kemudian asingkan,tumiskan serai dan daun limau purut,masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau,kemudian masukkan air rebusan tersebut.Setelah sudah mendidih,masukkan santan dan gaul sebati.Perisakan dengan garam,gula dan serbuk perasa.Untuk makan pula,masukkan mee hoon yang telah dicelur,taugeh,udang,isi ayam yang telah dicarik-carikkan,tauhu kering,tauhu basah,telur rebus yang dibelah dua,daun sup dan daun bawang dalam mangkuk mengikut size pilihan anda dan boleh lah tuangkan kuah laksa tersebut.Untuk membangkitkan selera bolehlah dimakan bersama sambalnya.makin pedas makin sedap.
*terdapat juga mereka yang makan laksa sarawak ini dgn telur dadar.

Laksa Johor

Bahan-bahan

1.Ikan kembung yang direbus ,ambil isi dan kisar
2.Santan
3.Minyak masak
4.Air asam jawa
5.Daun Kesum yang dikisar halus
6.Udang kering yang direndam dan dikisar.

Bahan Kisar
1.Ketumbar yang ditumbuk halus
2.Serbuk jintan manis
3.Serbuk kari
4.Serbuk cili
5.Bawang Merah
6.Bawang putih
7.Lada hitam

Bahan Sampingan

1.Mee Laksa direbus sampai empuk
2.Kacang panjang dihiris halus
3.Taugeh
4.Daun Selom
5.Telur rebus
6.Timun yang dipotong nipis memanjang
7.Daun kesum
8.Cili merah
9.Sambal belacan
10.Bawang besar dan merah yang dihiris

Cara memasaknya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga berbau harum dan terbit minyak,masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.Masukkan isi ikan,udang kering dan air asam jawa,selang beberapa minit masukkan pula daun kesum.Kacau dan perasakan dengan gula,garam dan serbuk perasa.Biarkan ia mendidih seketika.Untuk makan..campurkan semua bahan-bahan sampingan dan tuangkan kuah laksa tersebut.Nikmatinya sewaktu masih panas..sungguh enak.

Laksam Kelantan

Bahan Laksam
1.Tepung Beras
2.Tepung gandum
3.Garam
4.Air

Bahan Kuah

1.Ikan kembung direbus dan ambil isi dan kisar
2.Santan
3.Asam Keping

Bahan Kisar

1.Bawang merah
2.Halia
3.Lada Hitam

Bahan Sampingan

1.Kacang panjang dicelur
2.Daun kesum
3.Cili Merah
4.Bawang Besar
5.Timun dihiris halus memanjang
6.Taugeh
7.Tangkai daun kesum yang dihiris halus
8.Sambal Belacan

Cara memasaknya:

Laksam

Kacau tepung beras bersama tepung gandum,garam dan air sehingga sebati,sapukan loyang berukuran 22cm dengan minyak,tuang bancuhan tepung membentuk lapisan nipis dan kukus 2 hingga 3 minit,angkat dan gulung ketika masih panas.Lakukan lagi sehingga adunan habis dan ketepikan

Kuahnya

Didihkan isi ikan,santan,bahan kisar dengan asam dan kacau sehingga sebati.Masukkan lada hitam dan garam,gula dan perasa jika mahu.Renehkan seketika dan sedia untuk dihidang.

Asam Laksa

Bahan-bahannya:
1.Air

2.Ikan Kembung

3.Asam Keping

4.Lengkuas

5.Daun Kesum

6.Bunga kantan

7.Pes udang/belacan

8.serbuk perasa

9.Mee laksa

Bahan Sampingan

1.Nenas
2.Timun
3.Bawang besar/salad yang dihiris
4.Limau kasturi
5.Hirisan bungan kantan
6.Telur rebus

Cara memasaknya:

Didihkan air dan rebus ikan kembung sehingga masak,asingkan ikan dan buangkan tulangnya dan siat isi ikan,tapis air rebusan ikan dan masukkan isi ikan,cili,bawang merah,lengkuas,serai dan belacan dikisar bersama.Masukkan asam keping.Kemudian masukkan ke dalam periuk,dan barulah daun kesum dan kantan digaul bersama bahan yang dikisar tadi.Tambahkan garam,gula dan serbuk perasa.Biarkan seketika sehingga mendidih.Kemudian boleh dihidangkan dengan mee laksa dan campuran bahan sampingan.Lebih enak jika asam laksa ini pedas dan banyakkan hirisan bawang besar untuk membangkitkan kemanisan asli asam laksa.

Selamat Mencuba...

0 comments:

Post a Comment