Wednesday, June 17, 2009

Meat To Eat

DAGING MASAK KICAP
Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

500g daging batang pinang - di hiris
15 tangkai cili kering
1/2 camca teh jintan besar
1/2 camca teh jintan kecil
1 camca teh lada hitam
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
kicap pekat
sedikit air asam jawa
2-3 biji bawang besar dimayang
garam & gula secukup rasa
Cara Untuk Memasak:
kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bwg merah & bwg putih
tumis bahan kisar sehingga naik minyak
masukkan daging
masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula
renihkan seketika, masukkan bawang besar
tutup api, sedia utk dihidang

SAMBAL DAGING
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
Bahan Diperap:
1/2 kg Daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 sudu kecil serbuk kunyit dan Halia (saiz ibu jari-dihiris: Lagi banyak halia lagi sedap)
Bahan kisar (tumis):
15-20 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Halia (1-2 inci)
Bahan Dihiris: 1 ulas bawang besar
1 Cawan Air Asam
Tips: -Tambah sedikit madu pada perapan daging (untuk melembutkan) -Goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak..
Cara-cara Menyediakan:
Perap bahan2 utk diperap tadi...perap dan simpan didalam peti sejuk (20-30minit)
Kisar bahan2 untuk dikisar...
Panaskan kuali..masukkan minyak, masukkan bahan yg telah dikisar...
Terus masukkan bahan yang telah diperap tadi kedalam kuali...
Tunggu hingga daging masak..dan cili menjadi garing..
Jika daging susah hendak empuk, masukkan air kedalam tumisan..biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk...
Bila tumisan menjadi garing dan berminyak dan daging telah empuk..masukkan garam dan gula (pastikan gula lebih sdikit)
Masukkan air asam jawa kedalam tumisan..biarkan mengelegak dan pekat..(kepekatan ikut selera), tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak
Bile dh makin pekat, masukkan bawang besar tadi..kacau sehingga rata..Kalau anda rajin boleh msukkan kentang goreng yg telah siap digoreng..
Siap...jika rajin banyak boleh hiaskan


DAGING KERUTUK
Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

DAGING SALAI MASAK LOMAK
Bahan-bahan ( sekeluarga )
500gm Daging Salai
1 biji Mangga Muda
1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
1 inci kunyit
Garam secukup rasa
Cara-cara
Daging salai dihiris nipis.
Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.

BEBOLA DAGING
Bahan-bahan ( 4 orang )
1 cawan daging hancur/kisar
1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
Garam secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
12 biji tomato ceri
2 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.
Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.
Kemudian masukkan sos dan buah tomato
Kacau sehingga sos sebati. 2 minit kemudian bolehlah padamkan api.

DAGING MASAK RENDANG
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa
****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering
***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara-cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

DAGING BUMBU
Bahan-bahan ( 3 orang )
500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.
Cara-cara
Kisar bahan yang bertanda *, panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.
Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati. Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. kacau lagi dan angkat.

DENDENG
Bahan-bahan ( 4 orang )
500gm daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
garam secukupnya
****Bahan A (dikisar)*****
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
sedikit halia
Cara-cara
Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

KARI DAGING
Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
1 ½ kg daging
125 ml minyak
5 labu bawang – di cincang halus
12 ulas bawang putih – di cincang halus
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
4 tangkai daun kari
70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
garam secukupnya
Cara-cara
Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

BERGEDIL DAGING
Bahan-bahan ( 8-10 org )
Bahan A
1 kg kentang
1 kpg daging burger
1 biji telur
minyak masak
Bahan B (secukup rasa)
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
serbuk perasa
garam
bawang goreng
Cara-cara
kupas, potong panjang2 dan goreng kentang..then tumbuk hingga lumat.
kepingan daging burger dicubit kecil2 dan digaul bersama kentang.
masukkan semua bhn2 B ke dlm adunan kentang secukup rasa
bulat2kan adunan tadi dan leperkan.
pukul telur...celupkan bergedil tadi dan goreng.
sesuai dimakan bersama soto

0 comments:

Post a Comment