Saturday, April 24, 2010

DONUT


DONUT (Adunan asas)


Bahan-Bahan Utama


100 grm tepung gandum

200 grm tepung roti

100 gram taufa (cotton taufa)

6 grm yis

20 grm gula

40 gram mentega

1 biji telur

satu sudu susu segar suam

5 grm garam


Cara-cara menyediakan


Masukkan tepung roti,tepung gandum,mentega,gula,garam sehingga sebati,kemudian buat sedikit lubang ditengah adunan dan masukkan tauhu yang ditoskan airnya,susu atau air dan telur dan gaul sehingga adunan tersebut sebati

sapu minyak di atas luyang dan masukkan adunan doh tersebut..tutup sehingga adunan doh tadi naik 2 kali ganda..kemudian buat 12 doh kecil dari aduan doh tersebut dan biarkan 15 minit.kemudian adunan tersebut itu di buat dalam bentuk donut yang di ingini..kemudian biarkan adunan tersebut seketika sehingga naik 2 kali ganda lagi..

kemudian goreng dengan menggunakan minyak yang banyak..petua untuk kuih gelang nampak menarik..tarik pelahan-lahan supaya adunan menjadi seperti gelang

setelah kuih sudah masak..letakkan kuih tersebut di atas tisu atau kertas untuk menyerap minyak..bagi mereka yang suka kepada donut coklat.boleh nya buat adunan coklat..


adunan coklat cair..


coklat masakan,mentega dan gula dimasukkan dalam periuk kecil..kemudian masukkan dalam kuali yang berisi air..gaul adunan coklat itu sehingga cair..dan boleh di tuang di atas donut

KUIH KERIA

Bahan-bahan utama

7 biji ubi keledek yang sederhana besar

500 grm tepung gandum

1 satu cawan gula

sedikit garam

minyak masak untuk mengoreng

Cara-cara menyediakan

Rebus ubi keledek,lenyek-lenyek sehingga sejuk.Campurkan sedikit garam dan tepung dengan sambil mengaul sehingga sebati,tambah kan sedikit tepung jagung untuk lebih gebu..sekiranya masih lembik.

ambil adunan sedikit dan membentuk bulat..tekan dan leperkan sedikit (jgn terlalu leper dan atau nipis) kemudian buat lubang di tengah2..buat berulang sehingga adunan utama itu habis.Kemudian boleh la terus di goreng

Untuk gulanya..masukkan gula dan air dan dimasak sehingga likat..setelah itu masuk sekali kuih yang telah digoreng itu..dan uli dan balik-balikkan.Tutup api dan boleh dihidangkan..

1 comments:

Mahamahu said...

Nak buat kuih keria lah mcm sedap jer mcm menarik jer...

Post a Comment