IKAN MASAK ASAM PEDAS
Bahan-bahan ( 1 family... )
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka
Cara-cara:
panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.
MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan ( 4 org )
Ikan Kurau Masin 7 ketul (boleh juga ikan sepat)
Nenas Sedang 1 biji
Santan dari perahan satu biji kelapa
Cili Api ditumbuk lumat
Kunyit 1 inci ditumbuk
Cara-cara
Cuci dan toskan ikan kurau. Boleh juga kalau nak guna ikan sepat.
Nenas dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa sendiri. Nenas jgn terlalu masak dan tidak terlalu muda...Rebus seketika nenas tersebut (5 min pun ok)
Satukan ikan, nenas, cili , kunyit dan santan di dalam satu periuk. Masak dgn api yg perlahan.
Biarkan mendidih, kacau selalu supaya tak pecah minyak. Biasanya kalau masak ikan masin ni takyah letak garam.... apa2pun rasa dulu kalau tak cukup tambah garam .
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Bahan-bahan ( 4 org makan )9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
6 biji bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (ketuk)
1/2 inci kunyit (tumbuk)
13 biji cilipadi (tumbuk)
3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
1 mangkuk kecik tempoyak
daun kesom seikat
air secukupnya
ikan patin sederhana besar
Cara-cara
Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
Kemudian boleh di hidang.
P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.ok?
IKAN MASAK SINGGANG/REBUS KUNYITBahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
1/2 cm lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
2 batang serai, dititik
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Sedikit garam dan gula (kalau suka)
1 camca besar minyak utk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.
IKAN MASAK 3 RASABahan-bahan ( 2 org kot.... )
Ikan siakap/ Kerapu
lengkuas 1 in
halia 1 in
Cili api 3 biji
Sayur2... karot, kobis bunga, timun, tomato
Perahan air limau
Daun ketumbar utk hiasan
Sos ikan
Serai 3 btg
Bawang putih 3 ulas dihiris
Cara-cara
Goreng ikan dlm minyak yang banyk.... biar garing. Ketepikan
Lengkuas, serai, halia & cili api ditumbuk.
Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan2 yg ditumbuk. Biarkan sampai masak.
Bila dah cili dah masak, masukkan sayur2. Kalau nakkan kuah sikit, tambah air.
masukkan sos ikan, perahan air limau dan garam dan gula jika suka.
Selepas semua selesai, taburkan di atas ikan tadi. Hiaskan dgn daun ketumbar. Diingatkan letak daun ketumbar lagi sedap.
IKAN SWEET SOUR Bahan-bahan ( 3-5 orang )
1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
1/2 batang timun dibuang biji
4 keping nenas dipotong panjang
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
1 tangkai
Cara-cara
Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan
Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
Biar sehingga masak, padam api dapur
Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan .
IKAN GORENG CRUNCHY
Bahan-bahan
ikan (apa-apa pun ok)
garam
serbuk perasa (ajinomoto)
cuka
serbuk kunyit
serbuk kari
asam jawa
2 biji cili padi
Cara-cara
Bersihkan ikan,perap ikan dengan semua campuran bahan-bahan di atas,kemudian perap dalam setengah jam,kemudian goreng dengan minyak yang panas tp api yang sederhana..kasi garing..
IKAN BAKAR AIR ASAM
Bahan-bahan ( 1 orang )
1 ekor ikan
1/2 biji tomato
1 sudu besar asam jawa
2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah
1/4 biji bawang besar
2 tangkai daun kesum
garam
gula
Cara-cara
Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar
[ Persediaan untuk air asam ]
Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
IKAN MASIN
Bahan-Bahan Ikan
Garam yang banyak
Cara Menyediakan
Lumur ikan dengan garam,dan keringkan
Untuk yang pedas
Campurkan cili kering yang telah dikisar bersama ikan dan garam,keringkan
Untuk yang tidak masin
Campurkan sedikit serbuk perasa dan sedikit gula
Macam2 cara boleh dibuat..suka hati korang la..
IKAN KELI GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan ( 5 orang )
5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugur/asam keping
secubit gula
secubit garam dan kunyit
minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
20 biji cili api
10 biji cili merah
Cara-cara
Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi. yummy.....sedap.........
IKAN MASAK TAUCHUBahan-bahan ( 4 orang )
2 ekor ikan (ikan pape pon bole)
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia(potong panjang2)
3 biji cili api(nak pedas tambah lg)
2 sudu besar taucu
air asam jawa
serbuk kunyit
minyak
garam
1 sudu besar gula
3 cawan air
Cara-caragoreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api.
masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.
IKAN MASAK KICAPBahan-bahan ( 2-3 orang )
4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia - dimayang halus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
garam secukup rasa
air dan minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar dimayang
Cara-cara
Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.
SUP IKANBahan-bahan ( 2-3 orang )
Kepala ikan merah - dibersihkan
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih (bhn bertanda* dihiris)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam
3 batang serai
Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)
1 keping asam gelugur
5 gelas air (nk byk kuah, bole ltk lebih)
2cm halia (dihiris)
Optional : Lobak Merah & Tomato – saje letak utk kasi warna-warni cket
Cara-caraPanaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
Kemudian masukkan 5 gelas air dan masukkan ikan tadi.
Setelah ikan agak masak, masukkan garam, daun sup, daun bawang, asam gelugur, halia dan serai. tunggu seketika kemudian angkat
IKAN REBUS SIMPLE
Ikan (tak kire apa brand)
asam jawa
garam
ajinomoto
sedikit belacan
cili padi..klu nak pedas..
Cara Menyediakan
Amik periuk,masukkan ikan..garam..asam jawa..klu guna asam keping tak yah byk..garam..ajinomoto,sedikit belacan..letak atas gas..dan masak..tgk smpi ikan dah masak..
bubuh la cili padi dan limau..amik ko..lagi sedap
IKAN MASAK KARI
Bahan-bahan ( 5 org makan. )
2 ekor ikan semilang atau ape je la ikan
4 sudu besar rempah kari ikan
santan dari 1/2 biji kelapa
air asam jawa
garam secukup rasa
Bahan tumis:
bawang merah
bawang putih
daun kari
1 sudu teh halba campur
bendi
tomato
cili muda
bunga kantan & daun kesum
Cara-cara
cuci ikan dgn limau nipis + sedikit garam utk hilang hanyir.
tumis bawang merah,bwg putih,daun kari dan halba campur hingga naik bau.
masukkan rempah yg tlh dicampur dgn sedikit air.kacau selalu agar x hangit.
bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan garam.
SATAR
Bahan-bahan ( 5 org makan )
400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camca gula
1 camt belacan
2-3 biji lada merah, dicincang
1-2 camt serbuk lada
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)
Cara-cara
Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.
Note:aku sendiri tak pernah rasa masakan ni..
SALMON BAKED
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon
2 sudu besar breadcrumbs
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil dry parsley
1 sudu besar mentega-cairkan
garam secukupnya
lemon
Cara-cara
letakkan sedikit garam pada ikan salmon. Kalau ikan yang dah masin tak payah letak
masukkan serbuk paprika dan daun parsley ke dalam mentega yg telah cair
sapukan mentega tadi pada ikan
cover dengan breadcrumbs
Bakar dalam oven pada 200c sehingga masak
Hiaslah dengan lemon
IKAN PEKASAM
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
5 ekor ikan talapia (apa-apa jenis ikan sungai pun boleh)
1 cawan nasi sejuk
5 tangkai daun ubi kayu
3 sudu besar garam
Cara-cara
Ikan tersebut dibersihkan dan dibasuh dengan asam keping. Ketepikan.
Masukkan semua bahan diatas kecuali daun ubi,ke dalam bekas dan digaul sebati.
Sediakan bekas kedap udara atau balang kaca muat untuk dimasukkan semua bahan tadi. Sebelum ditutup masukkan daun ubi diatas permukaan ikan tadi. Tutup ketat-ketat.
Jangan buka tutup selama seminggu untuk mengekalkan kemasaman ikan. Sedia untuk digoreng dan dimakan dengan nasi panas bersama ulaman.
P/s : Ada satu lagi cara, nasi sejuk boleh diganti dengan beras goreng. Caranya, beras tersebut digoreng terlebih dahulu dan dikisar. Kaedah ini ikan terasa lebih kering dan tidak basah. Selamat mencuba....
AMPAP IKAN BASUNG
Ikan basung sederhana besar
Garam
Asam jawa
Ajinomoto
Serai
Halia
Kunyit Hidup
Sedikit Belacan
Sedikit Minyak
Cara menyediakannya:
Masukkan ikan basung dalam periuk,halia+kunyit+serai +cili padi tumbuk lumat dan masukkan ke dalam periuk berisi ikan,kemudian letak garam,belacan,ajinomoto,asam jawa.tuangkan sedikit air..masakkan seketika sehingga sedikit kering,kemudian masukkan gula dan sedikit minyak..biarkan seketika dan tutup la gas..klu tak jadi..contact aku la..coz ni kena pndai agak la..tp if tak nak letak minyak dan gula..ikan ampap also done bha..
daging ampap pun sedap gak..cuma tunggu len post la..